Job Description (JD)
| Nama Program | PENGAJARAN TAHFIZ [P853-003-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P853-003-3:2025-C03 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | LAKSANA PENGAJARAN HAFAZAN (JUZUK 30, 1, & 2) |
| Penerangan CU | Melaksanakan Pengajaran Hafazan (Juzuk 30, 1 & 2) menerangkan tentang proses proses mengenal pasti sukatan surah atau ayat hafazan, menentukan tahap penguasaan pelajar, memilih kaedah hafazan yang sesuai, serta menyusun jadual hafazan. CU ini juga merangkumi pelaksanaan aktiviti tasmik, tahsin, tahriri dan penilaian hafazan serta penulisan, termasuk membetulkan kesalahan bacaan, penulisan dan hafazan, memastikan ketepatan bacaan mengikut hukum tajwid, tanda waqaf, makhraj huruf serta piawaian mushaf Rasm Uthmani. Selain itu, CU ini melibatkan pemantauan dan rekod pencapaian hafazan pelajar secara sistematik berdasarkan sukatan hafazan institusi. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pengajaran hafazan (Juzuk 30, 1, & 2), laksana aktiviti tahsin (juzuk 30, 1 & 2), laksana aktiviti tahriri (juzuk 30, 1 & 2), laksana aktiviti tasmik (juzuk 30, 1 & 2) dan laksana penilaian hafazan dan penulisan (juzuk 30, 1 & 2). Hasilan CU ini adalah bacaan, hafazan, penulisan, dan rekod pencapaian hafazan pelajar yang tepat, sahih, mengikut sukatan hafazan institusi, piawaian mushaf Rasm Uthmani, prinsip hukum tajwid, dan direkodkan secara sistematik. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat memahami, menghayati, dan menghafal ayat-ayat al-Quran dengan betul mengikut kaedah yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Rancang pengajaran hafazan (juzuk 30, 1 & 2). 2. Laksana aktiviti tahsin (juzuk 30, 1 & 2). 3. Laksana aktiviti tahriri (juzuk 30, 1 & 2). 4. Laksana aktiviti tasmik (juzuk 30, 1 & 2). 5. Laksana penilaian hafazan dan penulisan (juzuk 30, 1 & 2). |
| Pra-Syarat | Tidak Berkenaan |

