JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAJARAN TAHFIZ [P853-003-3:2025]
Kod CUP853-003-3:2025-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGAJARAN TAJWID
Penerangan CULaksana Pengajaran Tajwid menerangkan tentang aspek penting untuk memastikan pembacaan Al-Quran dilakukan dengan tepat dan betul mengikut kaedah bacaan dengan sebutan yang tepat tanpa mengubah makna ayat.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sampaikan pengajaran pengenalan ilmu tajwid, sampaikan pengajaran makhraj dan sifat huruf, Sampaikan pengajaran hukum Nun Sakinah dan tanwin, Mim Sakinah dan Mim dan Nun musyaddadah dan sampaikan pengajaran hukum Mad.

Hasilan CU ini adalah personel dapat mengajar kemahiran pembacaan al-Quran dengan betul dan tepat mengikut hukum tajwid berdasarkan riwayat Hafs ‘an Asim.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat mengajar kemahiran pembacaan al-Quran dengan betul dan tepat mengikut hukum tajwid berdasarkan riwayat Hafs ‘an Asim.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sampaikan pengajaran pengenalan ilmu tajwid.
2. Sampaikan pengajaran makhraj dan sifat huruf.
3. Sampaikan pengajaran hukum Nun Sakinah dan tanwin, Mim Sakinah dan mim dan nun musyaddadah/Tashdid.
4. Sampaikan pengajaran hukum mad.
Pra-SyaratTidak Berkenaan