Job Description (JD)
| Nama Program | PEMALIMAN PENDAKIAN GUNUNG [N791-009-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | N791-009-3:2025-C06 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | LAKSANA PELAN TINDAKAN KECEMASAN |
| Penerangan CU | Laksana pelan tindakan kecemasan menerangkan tentang tindakan segera dan sistematik yang perlu diambil apabila berlaku kecemasan semasa pendakian. Ia merangkumi pelaksanaan rawatan awal menggunakan teknik pertolongan cemas, tindak balas terhadap laporan orang hilang, dan pelaporan kes kemalangan jiwa kepada pihak berkuasa atau pengurusan tapak mengikut prosedur yang ditetapkan. Kecekapan dalam melaksanakan pelan ini menunjukkan kemampuan malim gunung bertindak pantas, tepat dan tenang bagi mengurangkan risiko lanjut serta memastikan keselamatan semua pihak terpelihara. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan rawatan awal menggunakan teknik pertolongan cemas, respons laporan orang hilang dan lapor kes kemalangan jiwa semasa pendakian. Hasilan CU ini adalah pelaksanaan tindakan kecemasan yang berkesan, merangkumi penilaian situasi, rawatan awal termasuk CPR, pemindahan mangsa ke lokasi selamat atau titik serahan, serta pengendalian kes kehilangan dan kemalangan jiwa peserta. Ia turut disokong oleh dokumentasi rasmi insiden yang mengandungi butiran mangsa, kronologi kejadian, tindakan yang diambil, dan laporan bertulis kepada pihak berkuasa serta waris. Kecekapan dalam melaksanakan pelan ini adalah penting bagi mengurangkan risiko lanjut dan menyelamatkan nyawa. Pelaksanaan pelan tindakan kecemasan ini mencerminkan keupayaan tinggi malim gunung dalam melaksanakan langkah keselamatan, memberi rawatan awal, membuat keputusan kritikal serta bertanggungjawab terhadap kesejahteraan semua peserta dan pihak terlibat. |
| Tempoh Latihan | 460 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelaksanaan tindakan kecemasan yang berkesan, merangkumi penilaian situasi, rawatan awal termasuk CPR, pemindahan mangsa ke lokasi selamat atau titik serahan, serta pengendalian kes kehilangan dan kemalangan jiwa peserta. Ia turut disokong oleh dokumentasi rasmi insiden yang mengandungi butiran mangsa, kronologi kejadian, tindakan yang diambil, dan laporan bertulis kepada pihak berkuasa serta waris. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Lakukan rawatan awal menggunakan teknik pertolongan cemas. 2. Respons laporan orang hilang. 3. Lapor kes kemalangan jiwa semasa pendakian. |
| Pra-Syarat | - |

