JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMALIMAN PENDAKIAN GUNUNG [N791-009-3:2025]
Kod CUN791-009-3:2025-C05
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA KEPERLUAN TAPAK PERKHEMAHAN
Penerangan CULaksana keperluan tapak perkhemahan menerangkan tentang proses pengurusan kem termasuk pemilihan lokasi yang selamat dan bebas daripada bahaya fizikal atau persekitaran seperti cerun tidak stabil, pokok reput, dahan tergantung atau kawasan aliran air deras, pembahagian zon fungsi, penyediaan dan penggunaan peralatan memasak, pengurusan sisa dan lebihan makanan, serta pembersihan kawasan selepas digunakan. Etika perkhemahan berasaskan prinsip Leave No Trace turut diterapkan bagi memelihara kelestarian alam sekitar dan menjamin keselamatan peserta.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentukan lokasi tapak perkhemahan, urus bekalan makanan dan peralatan memasak dan urus kebersihan dan pemeliharaan tapak perkhemahan.

Hasilan CU ini adalah tapak perkhemahan yang teratur, bersih dan selamat serta dikembalikan kepada keadaan asal selepas digunakan.

Tempoh Latihan276
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah tapak perkhemahan yang teratur, bersih dan selamat serta dikembalikan kepada keadaan asal selepas digunakan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentukan lokasi tapak perkhemahan.
2. Urus bekalan makanan dan peralatan memasak.
3. Urus kebersihan dan pemeliharaan tapak perkhemahan.
Pra-Syarat-