Job Description (JD)
| Nama Program | PEMALIMAN PENDAKIAN GUNUNG [N791-009-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | N791-009-3:2025-C04 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | LAKSANA AKTIVITI PENDAKIAN |
| Penerangan CU | Laksana aktiviti pendakian menerangkan tentang pelaksanaan keseluruhan proses pendakian bermula daripada fasa pra-pendakian, semasa pendakian dan pasca-pendakian. Ia melibatkan persediaan peserta, taklimat keselamatan, pembahagian peranan, serta pemantauan berterusan terhadap pergerakan kumpulan, keadaan cuaca dan perubahan laluan bagi memastikan keselamatan sentiasa terjamin sepanjang aktiviti. Tindakan susulan selepas aktiviti termasuk semakan peralatan, maklum balas peserta dan pelaporan kejadian. Sepanjang proses ini, komunikasi maklumat penting dilaksanakan secara berkesan sebelum, semasa dan selepas pendakian melalui penyampaian arahan, pengesahan maklumat dan pelaporan keadaan di lapangan bagi memastikan keselamatan, penyelarasan dan kelancaran aktiviti pendakian. Proses ini memastikan pengurusan aktiviti pendakian berjalan lancar dan teratur mengikut garis panduan keselamatan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan aktiviti pra-pendakian, lakukan aktiviti pendakian, lakukan penilaian risiko berterusan semasa pendakian, uruskan konflik semasa pendakian, dan lakukan aktiviti pasca pendakian. Hasilan CU ini ialah laporan pelaksanaan aktiviti pendakian lengkap yang merangkumi maklumat peserta, laluan, keadaan cuaca, penilaian risiko, insiden dan pelaporan pasca pendakian. Pelaksanaan aktiviti ini menunjukkan tahap kemahiran tinggi dalam pengurusan keselamatan, penilaian risiko dan penyelarasan pasukan secara bertanggungjawab mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan. |
| Tempoh Latihan | 552 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah laporan pendakian lengkap yang meliputi kehadiran peserta, rekod perjalanan, senarai semak peralatan, penilaian kesihatan pasca aktiviti, maklum balas peserta dan laporan kejadian. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Lakukan aktiviti pra-pendakian. 2. Lakukan aktiviti pendakian. 3. Lakukan penilaian risiko berterusan semasa pendakian. 4. Uruskan konflik semasa pendakian. 5. Lakukan aktiviti pasca pendakian. |
| Pra-Syarat | N791-XXX-3:2025-C03 Laksana penilaian dan pengurusan risiko sebelum pendakian |

