JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMALIMAN PENDAKIAN GUNUNG [N791-009-3:2025]
Kod CUN791-009-3:2025-C03
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENILAIAN DAN PENGURUSAN RISIKO SEBELUM PENDAKIAN
Penerangan CULaksana penilaian dan pengurusan risiko sebelum pendakian menerangkan tentang proses mengenal pasti potensi bahaya dan risiko yang boleh menjejaskan keselamatan peserta serta kelancaran aktiviti pendakian dalam pelbagai bentuk muka bumi dan keadaan persekitaran. Ia merangkumi penilaian risiko yang berpunca daripada faktor manusia, persekitaran semula jadi, peralatan, cuaca dan aspek logistik, serta pembangunan langkah pencegahan, pengawalan dan pelan kontingensi bagi mengurangkan impak risiko tersebut. Penilaian ini dilaksanakan secara sistematik, berterusan dan menyeluruh untuk memastikan semua aspek keselamatan diberi keutamaan sebelum, semasa dan selepas pendakian.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti bahaya pendakian, lakukan penilaian risiko pendakian dan rancang pengurusan risiko.

Hasilan CU ini adalah laporan penilaian risiko yang lengkap merangkumi jenis risiko, tahap risiko, pelan mitigasi dan tindakan kontingensi bagi laluan dan peserta yang terlibat.

Tempoh Latihan276
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah laporan pendakian lengkap yang meliputi kehadiran peserta, rekod perjalanan, senarai semak peralatan, penilaian kesihatan pasca aktiviti, maklum balas peserta dan laporan kejadian.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan aktiviti pra-pendakian.
2. Lakukan aktiviti pendakian.
3. Lakukan penilaian risiko berterusan semasa pendakian.
4. Uruskan konflik semasa pendakian.
5. Lakukan aktiviti pasca pendakian.
Pra-Syarat-