JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMALIMAN PENDAKIAN GUNUNG [N791-009-3:2025]
Kod CUN791-009-3:2025-C02
CompetencyCore
Tajuk CUKEPERLUAN LOGISTIK PENDAKIAN
Penerangan CULaksana keperluan logistik pendakian menerangkan tentang proses perancangan dan penyediaan keperluan fizikal untuk menyokong pelaksanaan aktiviti pendakian gunung. Ini termasuk keperluan makanan, pakaian, peralatan bantuan pendakian, kit kecemasan, pengangkutan, serta penyediaan senarai semak yang sistematik berdasarkan tempoh dan lokasi pendakian. Pengurusan logistik yang cekap membantu menjamin keselamatan, keselesaan, dan keberkesanan keseluruhan ekspedisi.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang keperluan item pendakian, rancang keperluan pengangkutan pendakian dan sahkan keperluan logistik pendakian.

Hasilan CU ini adalah senarai semak logistik yang lengkap dan disahkan oleh pihak penganjur atau ketua kumpulan, termasuk pengesahan keperluan makanan, pakaian, peralatan, dan pengangkutan bagi menyokong aktiviti pendakian.

Tempoh Latihan92
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah senarai semak logistik lengkap yang disahkan oleh pihak penganjur atau ketua kumpulan, termasuk pengesahan keperluan makanan, pakaian, peralatan, dan pengangkutan bagi menyokong aktiviti pendakian.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Rancang keperluan item pendakian.
2. Rancang keperluan pengangkutan pendakian.
3. Sahkan keperluan logistik pendakian.
Pra-Syarat-