JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMALIMAN PENDAKIAN GUNUNG [N791-009-3:2025]
Kod CUN791-009-3:2025-C01
CompetencyCore
Tajuk CUSEDIAKAN KEPERLUAN PENDAKIAN
Penerangan CUSediakan keperluan pendakian menerangkan tentang proses penyediaan dan pengurusan dokumen penting berkaitan aktiviti pendakian gunung. Ia merangkumi pemilihan lokasi dan laluan pendakian, perancangan jadual perjalanan, penilaian kesediaan peserta, serta permohonan permit dan kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Penyusunan dokumentasi ini penting bagi memastikan kelancaran, keselamatan dan pematuhan kepada garis panduan perundangan semasa aktiviti pendakian dijalankan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh pilih lokasi pendakian, rancang jadual perjalanan ekspedisi, nilai tahap kesediaan dan kecergasan peserta dan urus keperluan dokumentasi pendakian.

Hasilan CU ini adalah dokumen lengkap ekspedisi pendakian yang meliputi tentatif aktiviti, senarai peserta dan maklumat peribadi, salinan permit pendakian, surat kebenaran, dan bukti pengesahan kehadiran serta perlindungan insurans.

Tempoh Latihan184
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah dokumen ekspedisi pendakian lengkap yang meliputi tentatif aktiviti, senarai peserta dan maklumat peribadi, salinan permit pendakian, surat kebenaran, bukti pengesahan kehadiran dan perlindungan insurans.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Pilih lokasi pendakian.
2. Rancang jadual perjalanan ekspedisi.
3. Nilai tahap kesediaan dan kecergasan peserta.
4. Urus keperluan dokumentasi pendakian.
Pra-Syarat-