JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN PERGIGIAN EKUIN [M750-001-3:2025]
Kod CUM750-001-3:2025-C06
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENYELENGGARAAN PERALATAN PERGIGIAN KUDA
Penerangan CULaksana penyelenggaraan peralatan pergigian kuda menerangkan tentang proses pembersihan, pemeriksaan fungsi, pembaikan dan penyimpanan peralatan pergigian yang digunakan dalam prosedur rawatan mulut kuda. Penyelenggaraan yang berkala dan sistematik adalah penting bagi menjamin keberkesanan rawatan, keselamatan haiwan dan pengendali, serta pematuhan kepada keperluan kebersihan dan pengurusan aset fasiliti.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh cuci peralatan pergigian kuda, periksa kefungsian peralatan pergigian kuda dan lakukan penyimpanan peralatan pergigian kuda.

Hasilan CU ini adalah peralatan pergigian kuda yang telah dibersihkan, diuji fungsi, diselenggara dan disimpan dengan selamat serta direkodkan dalam sistem inventori, mengikut keperluan kebersihan klinikal dan standard pengendalian peralatan veterinar.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah peralatan pergigian kuda yang telah dibersihkan, diuji fungsi, diselenggara dan disimpan dengan selamat serta direkodkan dalam sistem inventori, mengikut keperluan kebersihan klinikal dan standard pengendalian peralatan veterinar.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Cuci peralatan pergigian kuda.
2. Periksa kefungsian peralatan pergigian kuda.
3. Lakukan penyimpanan peralatan pergigian kuda.
Pra-SyaratTidak berkenaan.