Job Description (JD)
| Nama Program | PENJAGAAN PERGIGIAN EKUIN [M750-001-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | M750-001-3:2025-C05 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | LAKSANA KERJA MEMOTONG GIGI KUDA (SOKONGAN) |
| Penerangan CU | Laksana kerja memotong gigi kuda (sokongan) menerangkan tentang pelaksanaan pemotongan gigi kuda yang abnormal, tumbuh berlebihan, atau menyebabkan gangguan pada fungsi pengunyahan. Prosedur ini melibatkan pemeriksaan struktur gigi, penyediaan peralatan pemotongan, pelaksanaan potongan menggunakan teknik yang bersesuaian, serta tindakan susulan termasuk pengasahan dan pemantauan kesihatan mulut kuda. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sedia keperluan memotong gigi kuda, kekang kuda untuk diperiksa, buka mulut kuda, buat pemeriksaan gigi kuda, potong gigi kuda dan lakukan aktiviti penjagaan selepas rawatan. Hasilan CU ini adalah gigi kuda yang telah dipotong dan diasah dengan kemas tanpa mencederakan tisu mulut, serta direkodkan secara lengkap dalam rekod pergigian mengikut prosedur amalan klinikal veterinar dan dan pengawasan veterinar profesional. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah gigi kuda yang telah dipotong dan diasah dengan kemas tanpa mencederakan tisu mulut, serta direkodkan secara lengkap dalam rekod pergigian mengikut prosedur amalan klinikal veterinar dan dan pengawasan veterinar profesional. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sedia keperluan memotong gigi kuda. 2. Kekang kuda untuk diperiksa. 3. Buka mulut kuda. 4. Buat pemeriksaan rongga mulut kuda. 5. Potong gigi kuda. |
| Pra-Syarat | M750-001-3:2025-C01 Laksana pengendalian kuda. |

