Job Description (JD)
| Nama Program | PENJAGAAN PERGIGIAN EKUIN [M750-001-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | M750-001-3:2025-C04 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | LAKSANA KERJA MENCABUT GIGI KUDA (SOKONGAN) |
| Penerangan CU | Laksana kerja mencabut gigi kuda (sokongan) menerangkan tentang pelaksanaan pencabutan gigi yang longgar, rosak, tidak berfungsi atau berisiko menyebabkan kecederaan pada rongga mulut kuda. Prosedur ini dijalankan secara berhati-hati dengan kehadiran doktor veterinar, merangkumi penyediaan peralatan, pengendalian kuda, penilaian struktur gigi, penggunaan teknik mencabut yang sesuai, serta pemantauan kesan selepas rawatan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh cabut gigi kuda longgar, cabut crown gigi kuda, cabut gigi kacip susu kuda (deciduous incisor) dan cabut gigi premolar pertama kuda (wolf teeth). Hasilan CU ini adalah gigi kuda dicabut dengan selamat dan berkesan tanpa meninggalkan serpihan, dicatat dalam rekod rawatan, serta mematuhi protokol keselamatan, kebajikan haiwan dan pengawasan veterinar profesional. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah gigi kuda dicabut dengan selamat dan berkesan tanpa meninggalkan serpihan, dicatat dalam rekod rawatan, serta mematuhi protokol keselamatan, kebajikan haiwan dan pengawasan veterinar profesional. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Cabut gigi kuda longgar. 2. Cabut crown gigi kuda. 3. Cabut gigi kacip susu kuda (deciduous incisor). 4. Cabut gigi premolar pertama kuda (wolf teeth). |
| Pra-Syarat | M750-001-3:2025-C01 Laksana pengendalian kuda. |

