Job Description (JD)
| Nama Program | PENJAGAAN PERGIGIAN EKUIN [M750-001-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | M750-001-3:2025-C03 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | LAKSANA KERJA PENGASAHAN GIGI KUDA |
| Penerangan CU | Laksana kerja pengasahan gigi kuda menerangkan tentang pelaksanaan prosedur floating atau rasping bagi meratakan permukaan gigi kuda yang tajam, tidak sekata, atau menyebabkan ketidakselesaan dalam rongga mulut. Prosedur ini melibatkan pemeriksaan awal, pemilihan teknik dan peralatan yang sesuai, pelaksanaan pengasahan secara berhati-hati, serta pemantauan berterusan terhadap kesan rawatan semasa dan selepas prosedur dijalankan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sedia keperluan pengasahan gigi kuda, kekang kuda untuk diperiksa, buka mulut kuda, buat pemeriksaan gigi kuda dan asah gigi kuda. Hasilan CU ini adalah permukaan gigi yang telah diasah secara rata, selamat dan bersih, tanpa mencederakan tisu mulut, serta didokumenkan sebagai rekod rawatan pergigian mengikut amalan veterinar dan etika kebajikan haiwan. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah permukaan gigi yang telah diasah secara rata, selamat dan bersih, tanpa mencederakan tisu mulut, serta didokumenkan sebagai rekod rawatan pergigian mengikut amalan veterinar dan etika kebajikan haiwan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sedia keperluan pengasahan gigi kuda. 2. Kekang kuda untuk diperiksa. 3. Buka mulut kuda. 4. Buat pemeriksaan rongga mulut kuda. 5. Asah gigi kuda. |
| Pra-Syarat | M750-001-3:2025-C01 Laksana pengendalian kuda. |

