JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN PERGIGIAN EKUIN [M750-001-3:2025]
Kod CUM750-001-3:2025-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMERIKSAAN MULUT KUDA
Penerangan CULaksana pemeriksaan mulut kuda menerangkan tentang prosedur pemeriksaan awal rongga mulut kuda secara sistematik dan selamat sebelum sebarang rawatan pergigian dijalankan. Pemeriksaan ini meliputi persediaan peralatan, kekangan haiwan, pemerhatian kesihatan fizikal, penilaian struktur mulut secara visual dan sentuhan, serta dokumentasi klinikal. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengenal pasti keabnormalan, risiko rawatan, serta merancang intervensi yang bersesuaian mengikut keperluan pergigian kuda.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sedia keperluan pemeriksaan mulut kuda, kekang kuda untuk diperiksa, buat pemeriksaan fizikal kuda, buka mulut kuda dan buat pemeriksaan rongga mulut kuda.

Hasilan CU ini adalah pemeriksaan pergigian kuda yang lengkap, disahkan secara dokumentasi, dan mematuhi keperluan amalan veterinar, serta etika kebajikan haiwan.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pemeriksaan pergigian kuda yang lengkap, disahkan secara dokumentasi, dan mematuhi keperluan amalan veterinar, serta etika kebajikan haiwan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sedia keperluan pemeriksaan mulut kuda.
2. Kekang kuda untuk diperiksa.
3. Buat pemeriksaan fizikal kuda.
4. Buka mulut kuda.
5. Buat pemeriksaan rongga mulut kuda.
Pra-SyaratM750-001-3:2025-C01 Laksana pengendalian kuda.