JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN PERGIGIAN EKUIN [M750-001-3:2025]
Kod CUM750-001-3:2025-C01
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGENDALIAN KUDA
Penerangan CULaksana pengendalian kuda menerangkan proses penilaian risiko, penangkapan, pengiringan dan kekangan kuda sebelum menjalankan prosedur pemeriksaan atau rawatan pergigian. Proses ini melibatkan pemerhatian tingkah laku kuda, penggunaan peralatan yang bersesuaian, serta kaedah pendekatan dan pengendalian yang selamat bagi memastikan kesejahteraan haiwan dan keselamatan personel.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh nilai risiko kerja pengendalian kuda, tangkap kuda untuk pemeriksaan pergigian, bawa kuda ke ruang kerja dan kekang kuda di ruang kerja.

Hasilan CU ini adalah kuda dikekang secara selamat mengikut etika kebajikan haiwan dan bersedia untuk prosedur pemeriksaan atau rawatan pergigian.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah kuda dikekang secara selamat mengikut etika kebajikan haiwan dan bersedia untuk prosedur pemeriksaan atau rawatan pergigian.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Nilai risiko kerja pengendalian kuda.
2. Tangkap kuda untuk pemeriksaan pergigian.
3. Bawa kuda ke ruang kerja.
4. Kekang kuda di ruang kerja.
Pra-SyaratTidak berkenaan.