JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-3:2025]
Kod CUP854-011-3:2025-C01
CompetencyCore
Tajuk CUKendali urusan penyediaan logistik aktiviti dakwah.
Penerangan CUKendali urusan penyediaan logistik aktiviti dakwah menerangkan aktiviti dalam melaksanakan tugas perancangan, penyusunan dan penyediaan pelbagai keperluan logistik bagi melancarkan pelaksanaan aktiviti dakwah. Keseluruhan pelaksanaan logistik hendaklah diselaraskan dengan objektif program dakwah agar penyampaian mesej dakwah berlaku secara berkesan dan berhemah.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sedia logistik aktiviti dakwah, sedia sumber insan / tenaga kerja aktiviti dakwah, lakukan penyediaan aktiviti dakwah dan sedia perancangan keselamatan dan kesihatan aktiviti dakwah.

Hasilan CU ini adalah penyediaan logistik dakwah dilaksanakan dengan teratur dan tersusun, memastikan semua keperluan program dakwah mencukupi, berfungsi baik tanpa sebarang masalah teknikal atau operasi, serta mematuhi jadual, peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan serta menyokong kelancaran dan keberkesanan aktiviti dakwah yang dijalankan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah penyediaan logistik dakwah dilaksanakan dengan teratur dan tersusun, memastikan semua keperluan program dakwah mencukupi, berfungsi baik tanpa sebarang masalah teknikal atau operasi, serta mematuhi jadual, peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan serta menyokong kelancaran dan keberkesanan aktiviti dakwah yang dijalankan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sedia logistik aktiviti dakwah.
2. Sedia sumber insan / tenaga kerja aktiviti dakwah.
3. Sedia peralatan aktiviti dakwah.
4. Sedia perancangan keselamatan dan kecemasan aktiviti dakwah.
Pra-SyaratTiada