JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMBINAAN BANGUNAN KAYU [F433-010-3:2025]
Kod CUF433-010-3:2025-C07
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMASANGAN RAGAM HIAS BANGUNAN KAYU
Penerangan CULaksana Pemasangan Ragam Hias Bangunan Kayu menerangkan keterampilan dalam melaksanakan kerja-kerja pemasangan aksesori bangunan mengikut proses kerja pemasangan jenis ragam hias bangunan kayu.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh pasang tunjuk langit, pasang tebar layar, pasang papan manis, pasang sisip angin, buat pagar musang, pasang siku keluang dan pasang kekisi tangga.

Hasilan CU ini adalah untuk menghasilkan nilai tambah pada binaan bangunan mengikut permintaan pesanan pelanggan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah menghasilkan nilai tambah pada binaan bangunan mengikut permintaan pesanan pelanggan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Pasang tunjuk langit.
2. Pasang tebar layar.
3. Pasang papan manis.
4. Pasang sisip angin.
5. Buat pagar musang.
6. Pasang siku keluang.
7. Pasang kekisi tangga.
Pra-SyaratTerampil dalam Laksana Pembinaan Kerangka Bangunan Kayu F433-XXX-3:2025-C02 sehingga Laksana Pembinaan Tangga Kayu F433-XXX-3:2025-C06.