JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMBINAAN BANGUNAN KAYU [F433-010-3:2025]
Kod CUF433-010-3:2025-C06
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMBINAAN TANGGA KAYU
Penerangan CULaksana Pembinaan Tangga Kayu menerangkan keterampilan dalam melaksanakan kerja-kerja membuat dan memasang tangga mengikut kaedah tanggam dan cantuman.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat tapak tangga, sedia kayu tangga, buat tanggam tangga kayu dan pasang tangga kayu.

Hasilan CU ini adalah menghasilkan tapak tangga dan tangga bangunan kayu yang kukuh dan kemas mengikut spesifikasi di dalam lukisan terperinci binaan bangunan kayu.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah menghasilkan tapak tangga dan tangga bangunan kayu yang kukuh dan kemas mengikut spesifikasi di dalam lukisan terperinci binaan bangunan kayu.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Buat tapak tangga.
2. Sedia kayu tangga.
3. Buat tanggam tangga kayu.
4. Pasang tangga kayu.
Pra-SyaratTerampil dalam Laksana Pembinaan Kerangka Bangunan Kayu F433-XXX-3:2025-C02.