JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMBINAAN BANGUNAN KAYU [F433-010-3:2025]
Kod CUF433-010-3:2025-C03
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMASANGAN BUMBUNG
Penerangan CULaksana Pemasangan Bumbung menerangkan keterampilan dalam melaksanakan kerja-kerja pemasangan lapisan penebat haba, pemasangan atap mengikut jenisnya serta pemasangan siling tetap untuk bangunan kayu.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh pasang lapisan penebat haba, pasang kepingan atap dan pasang siling tetap.

Hasilan CU ini adalah menghasilkan pemasangan lapisan penebat haba, atap dan siling bangunan kayu yang kemas, rapat dan tidak tiris mengikut spesifikasi di dalam lukisan terperinci binaan bangunan kayu.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah menghasilkan pemasangan penebat haba, atap dan siling bangunan kayu yang kemas, rapat dan tidak tiris mengikut spesifikasi di dalam lukisan terperinci binaan bangunan kayu.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Pasang lapisan penebat haba.
2. Pasang kepingan atap.
3. Pasang siling tetap.
Pra-SyaratTerampil dalam Laksana Pembinaan Kerangka Bangunan Kayu F433-XXX-3:2025-C02.