JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMBINAAN BANGUNAN KAYU [F433-010-3:2025]
Kod CUF433-010-3:2025-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMBINAAN KERANGKA BANGUNAN KAYU
Penerangan CULaksana Pembinaan Kerangka Bangunan Kayu menerangkan keterampilan dalam melaksanakan kerja-kerja menegakkan tiang, pemasangan rasuk dan pemasangan kerangka bangunan mengikut proses kerja binaan kerangka bangunan kayu.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh dirikan kerangka kayu utama, bina kerangka bumbung, bina kerangka lantai kayu dan bina kerangka dinding kayu.

Hasilan CU ini adalah untuk menghasilkan kerangka binaan bangunan kayu yang kukuh dan kemas mengikut spesifikasi di dalam pelan binaan bangunan kayu.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah menghasilkan kerangka binaan bangunan kayu yang kukuh dan kemas mengikut spesifikasi di dalam pelan binaan bangunan kayu.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Dirikan kerangka kayu utama.
2. Bina kerangka kayu bumbung.
3. Bina kerangka lantai kayu.
4. Bina kerangka dinding kayu.
Pra-SyaratTerampil dalam Laksana Penyediaan Tapak Bangunan Kayu F433-XXX-3:2025-C01.