JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN [Q869-002-3:2025]
Kod CUQ869-002-3:2024-C04
CompetencyCore
Tajuk CULaksanakan aktiviti awal berbengkung.
Penerangan CULaksanakan aktiviti awal berbengkung menerangkan penggunaan bengkung, memberi sokongan kepada otot abdomen , tulang belakang, mengempiskan dan mengencangkan otot abdomen dan memberi rasa selesa kepada ibu di samping membentuk semula badan ibu.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan maklumat berbengkung ibu selepas bersalin, sediakan kelengkapan ibu selepas bersalin dan jalankan proses berbengkung.

Hasilan CU ini adalah untuk personal boleh melakukan pemakaian awal bengkung iaitu bengkung moden yang lebih mudah digunakan seperti bengkung moden yang bertali zik-zak, bengkung pelekat dan bengkung tali yang berzip bagi memudahkan pergerakan serta memberi sokongan terhadap/kepada abdomen ibu selepas bersalin.

Tempoh Latihan276
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah untuk personel boleh melakukan pemakaian bengkung di mana ia dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan ibu selepas bersalin dengan menitikberatkan ciri-ciri keselamatan, kebersihan (hygiene) mengikut tatacara keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebelum, semasa dan selepas melakukan proses bengkung.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan maklumat berbengkung ibu selepas bersalin.
2. Sediakan kelengkapan bengkung ibu selepas bersalin.
3. Jalankan proses berbengkung.
Pra-SyaratTiada