Job Description (JD)
Nama Program | PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN [Q869-002-3:2025] |
---|---|
Kod CU | Q869-002-3:2024-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Lakukan aktiviti urutan awal ibu selepas bersalin. |
Penerangan CU | Lakukan aktiviti urutan awal ibu selepas bersalin menerangkan tentang keperluan kemahiran, pengetahuan, etika semasa urutan ibu selepas bersalin dilakukan supaya keberkesanan pada seluruh badan dan dapat membantu dalam pemulihan tubuh badan ibu. Aktiviti ini adalah tentang kerja yang akan dilakukan oleh juru urut untuk melakukan urutan ibu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan maklumat urutan ibu selepas bersalin, kenal pasti ruang kerja urutan, tentukan bahan urutan, buat persediaan sebelum mengurut, urut bahagian bahu dan ke atas, urut bahagian belakang badan, urut bahagian kaki, urut dada dan tangan, urut bahagian abdomen dan kemas ruang kerja. Hasilan CU ini adalah juru urut ibu selepas bersalin boleh melakukan urutan tubuh badan ibu selepas bersalin, membantu mengelakkan dari masalah kembung perut, mengurangkan bengkak anggota badan, mengurangkan sakit urat, melegakan sakit kepala, mengurangkan ketegangan otot, mengembalikan tenaga serta melancarkan peredaran darah dengan menitikberatkan ciri-ciri keselamatan, kebersihan (hygiene) mengikut tatacara keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebelum , semasa dan selepas melakukan proses urutan. |
Tempoh Latihan | 828 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah juru urut ibu selepas bersalin boleh melakukan urutan tubuh badan ibu selepas bersalin, membantu mengelakkan dari masalah kembung perut, mengurangkan bengkak anggota badan, mengurangkan sakit urat, melegakan sakit kepala, mengurangkan ketegangan otot, mengembalikan tenaga serta melancarkan peredaran darah dengan menitikberatkan ciri-ciri keselamatan, kebersihan (hygiene) mengikut tatacara keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebelum , semasa dan selepas melakukan proses urutan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sediakan maklumat urutan awal ibu selepas bersalin. 2. Kenal pasti ruang kerja urutan. 3. Tentukan bahan urutan. 4. Buat persediaan sebelum mengurut. 5. Jalankan urutan bahagian bahu dan ke atas. 6. Jalankan urutan bahagian belakang badan. 7. Urut bahagian kaki. 8. Jalankan urutan bahagian dada dan tangan. 9. Jalankan urutan bahagian abdomen. 10. Kemas ruang kerja. |
Pra-Syarat | Tiada |