Job Description (JD)
Nama Program | PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN [Q869-002-3:2025] |
---|---|
Kod CU | Q869-002-3:2024-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Lakukan aktiviti bertuam. |
Penerangan CU | Lakukan aktiviti bertuam menerangkan tentang aktiviti kerja yang akan dilakukan oleh juru urut ibu selepas bersalin untuk pemulihan ibu selepas bersalin. Aktiviti bertuam akan membantu memulihkan bahagian tubuh badan, otot, urat saraf, emosi dan mental ibu selepas bersalin. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan maklumat bertuam ibu selepas bersalin, sediakan kelengkapan tuam ibu selepas bersalin dan jalankan proses bertuam. Hasilan CU ini adalah untuk memastikan kesihatan ibu selepas bersalin bagi mengelakkan masalah kembung perut, pedih ulu hati, sakit kepala, sakit sendi dan lenguh-lenguh badan dimana aktiviti bertuam boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit urat di seluruh badan, melembutkan otot-otot, melancarkan pengaliran darah, melegakan sakit dan bengkak payudara. |
Tempoh Latihan | 276 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah untuk memastikan kesihatan ibu selepas bersalin bagi mengelakkan masalah kembung perut, pedih ulu hati, sakit kepala, sakit sendi dan lenguh-lenguh badan dimana aktiviti bertuam boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit urat di seluruh badan, melembutkan otot-otot, melancarkan pengaliran darah, melegakan sakit dan bengkak payudara. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sediakan maklumat bertuam ibu selepas bersalin. 2. Sediakan kelengkapan tuam ibu selepas bersalin. 3. Jalankan proses bertuam. |
Pra-Syarat | Tiada |