JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN [Q869-002-3:2025]
Kod CUQ869-002-3:2024-C01
CompetencyCore
Tajuk CULakukan aktiviti mandian herba.
Penerangan CULakukan aktiviti mandian herba menerangkan tentang aktiviti kerja yang akan dilakukan oleh juru urut ibu selepas bersalin untuk pemulihan ibu selepas bersalin. Aktiviti pemulihan seperti mandi herba akan membantu memulihkan bahagian tubuh badan, otot, urat saraf, emosi dan mental ibu selepas bersalin.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan maklumat mandian herba ibu selepas bersalin, sediakan kelengkapan mandian herba dan jalankan proses mandian herba.

Hasilan CU ini adalah juru urut ibu selepas bersalin boleh mengenalpasti jenis-jenis herba, tanda-tanda kontraindikasi dan dapat melaksanakan pakej mandian herba mengikut tatacara, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tempoh Latihan276
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah juru urut ibu selepas bersalin boleh mengenalpasti jenis-jenis herba, tanda-tanda kontraindikasi dan dapat melaksanakan pakej mandian herba mengikut tatacara, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan maklumat mandian herba ibu selepas bersalin.
2. Sediakan kelengkapan mandian herba.
3. Jalankan proses mandian herba.
Pra-SyaratTiada