Job Description (JD)
Nama Program | PENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-5:2025] |
---|---|
Kod CU | P854-010-5:2025-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PENGAJARAN FIQAH KONTEMPORARI |
Penerangan CU | Laksana Pengajaran Fiqah Kontemporari menerangkan proses dan kaedah penyampaian pengajaran Fiqah Kontemporari mengikut langkah-langkah yang teratur dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang secara efektif. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana penyediaan pengajaran Fiqah Kontemporari, laksana penyampaian fiqah pengurusan harta orang Islam dan laksana penyampaian fiqah halal. Hasilan CU ini adalah seorang personel yang kompeten dalam menyampaikan ilmu Fiqah Kontemporari dengan berkesan terhadap isu-isu semasa dalam konteks fiqah berdasarkan hukum syarak. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah seorang pelatih yang kompeten dalam menyampaikan ilmu fiqah kontemporari dengan berkesan berdasarkan hukum syarak. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Rancang pengajaran fiqah harta dan fiqah halal. 2. SampaiKan pengajaran fiqah pengurusan harta orang Islam. 3. SampaiKan pengajaran fiqah halal. |
Pra-Syarat | Tiada |