Job Description (JD)
Nama Program | PENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-5:2025] |
---|---|
Kod CU | P854-010-5:2025-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PENGAJARAN IDEOLOGI MENYIMPANG AKIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH |
Penerangan CU | Laksana Pengajaran Akidah Ahli Sunnah Waljamaah menerangkan proses dan kaedah penyampaian akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan ideologi kontemporari mengikut langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana perancangan pengajaran akidah Ahli Sunnah Waljamaah, laksana penyampaian perbezaan antara Ahli Sunnah dan ideologi menyimpang, laksana penyampaian perbahasan berkaitan murtad dan laksana penyampaian berkaitan ajaran sesat. Hasilan CU ini adalah seorang personel yang kompeten dalam menyampaikan ilmu akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan ideologi kontemporari dengan berkesan, berdasarkan pemikiran metodologi Al-Asyairah dan Maturidiyyah, serta pendapat ulama muktabar. |
Tempoh Latihan | 160 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah seorang pelatih yang kompeten dalam menyampaikan ilmu akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan ideologi kontemporari dengan berkesan berdasarkan pemikiran metodologi Al-Asyairah dan Maturidiyyah dan pendapat ulama yang muktabar. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Rancang pengajaran ideologi menyimpang akidah Ahli Sunnah Waljamaah. 2. Sampaikan pengajaran perbezaan antara Ahli Sunnah dan ideologi menyimpang. 3. Sampaikan pengajaran perbahasan berkaitan murtad. 4. Sampaikan pengajaran berkaitan ajaran sesat. |
Pra-Syarat | Tiada |