JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-5:2025]
Kod CUP854-010-5:2025-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGAJARAN SYARAH HADIS
Penerangan CULaksana Pengajaran Hadis menerangkan proses dan kaedah melaksanakan penyampaian pengajaran hadis mengikut langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran yang berstruktur.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana perancangan pengajaran hadis, laksana penyampaian Hadis 40 dan laksana penyampaian Mustika Hadis.

Hasilan CU ini adalah seorang personel yang kompeten dalam menyampaikan syarah kitab Hadis 40 muktabar dan kitab Mustika Hadis muktabar dengan berkesan.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah seorang pelatih yang kompeten dalam menyampaikan syarah kitab Hadis 40 muktabar dan kitab Mustika Hadis muktabar dengan berkesan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Rancang pengajaran syarah hadis.
2. Sampaikan pengajaran Hadis 40.
3. Sampaikan pengajaran Mustika Hadis.
Pra-SyaratTiada