Job Description (JD)
Nama Program | PENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-4:2025] |
---|---|
Kod CU | P854-010-4:2025-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PENTADBIRAN PENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM |
Penerangan CU | Laksana Pentadbiran Pengajaran Pengajian Islam menerangkan proses dan kaedah yang sistematik dalam mengawal selia pelaksanaan pengajaran serta pengurusan fasiliti latihan yang merangkumi pematuhan prosedur keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, berkesan, dan kondusif. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh urus penyeliaan pengajaran, urus perolehan dan aset dan urus fasiliti latihan. Hasilan CU ini adalah personel yang kompeten dalam mengawal selia pelaksanaan pengajaran dan pengurusan fasiliti latihan secara selamat, cekap dan penuh tanggungjawab. |
Tempoh Latihan | 30 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih yang kompeten dalam mengawal selia pelaksanaan pengajaran dan fasiliti latihan dengan berkesan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan.: 1. Urus penyeliaan pengajaran. 2. Urus perolehan dan aset. 3. Urus fasiliti latihan. |
Pra-Syarat | Tiada |