JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-4:2025]
Kod CUP854-010-4:2025-C06
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGAJARAN TARIKH ISLAM
Penerangan CULaksana Pengajaran Tarikh Islam menerangkan proses dan kaedah melaksanakan penyampaian pengajaran mengenai bidang Tarikh Islam mengikut langkah-langkah yang teratur dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang secara efektif.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pengajaran Tarikh Islam, sampaikan pengajaran sejarah Khilafah Islamiyah dan sampaikan pengajaran sejarah Islam di Tanah Melayu.

Hasilan CU ini adalah personel yang kompeten dalam menyampaikan ilmu bidang Tarikh Islam dengan berkesan berdasarkan kitab Tarikh Al-Khulafa oleh Imam Al-Suyuti.
Tempoh Latihan60
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih yang kompeten dalam menyampaikan ilmu bidang Tarikh Islami dengan berkesan berdasarkan kitab Tarikh Al-Khulafa oleh Imam Al-Suyuti.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Rancang pengajaran Tarikh Islam.
2. Sampaikan pengajaran sejarah Khilafah Islamiyah.
3. Sampaikan pengajaran sejarah Islam di Tanah Melayu.
Pra-SyaratTiada