JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-4:2025]
Kod CUP854-010-4:2025-C04
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGAJARAN FIQAH KONTEMPORARI
Penerangan CULaksana Pengajaran Fiqah Kontemporari menerangkan proses dan kaedah melaksanakan penyampaian pengajaran bidang Fiqah Kontemporari mengikut langkah-langkah yang teratur dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang secara efektif.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pengajaran Fiqah Kontemporari, sampaikan pengajaran Fiqah Muamalat dan sampaikan pengajaran Fiqah Munakahat.

Hasilan CU ini adalah personel yang kompeten dalam menyampaikan ilmu Fiqah Kontemporari secara efektif berasaskan syariah dan Mazhab Al-Shafii.
Tempoh Latihan90
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih yang kompeten dalam menyampaikan ilmu Fiqah Kontemporari secara efektif berasaskan syariah dan Mazhab Al-Shafii.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Rancang pengajaran Fiqah Kontemporari.
2. Sampaikan pengajaran Fiqah Muamalat.
3. Sampaikan pengajaran Fiqah Munakahat.
Pra-SyaratTiada