Job Description (JD)
Nama Program | PENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-4:2025] |
---|---|
Kod CU | P854-010-4:2025-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PENGAJARAN AKIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH |
Penerangan CU | Laksana Pengajaran Akidah Ahli Sunnah Waljamaah menerangkan proses dan kaedah yang sistematik untuk menyampaikan pengajaran akidah Ahli Sunnah Waljamaah secara efektif, mengikut langkah-langkah yang teratur dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pengajaran akidah Ahli Sunnah Waljamaah, sampaikan pengajaran manhaj akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan sampaikan pengajaran perbezaan Ahli Sunnah Waljamaah dan firaq. Hasilan CU ini adalah personel yang kompeten dalam menyampaikan ilmu tentang akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan memupuk kefahaman yang mendalam tentang aspek akidah secara berkesan berdasarkan kaedah Imam Abu Hanifah dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat. |
Tempoh Latihan | 150 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih yang kompeten dalam menyampaikan ilmu tentang akidah Ahli Sunnah Waljamaah secara berkesan, berdasarkan kaedah Imam Abu Hanifah dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Rancang pengajaran akidah Ahli Sunnah Waljamaah. 2. Sampaikan pengajaran manhaj akidah Ahli Sunnah Waljamaah. 3. Sampaikan pengajaran perbezaan Ahli Sunnah Waljamaah dan firaq. |
Pra-Syarat | Tiada |