Job Description (JD)
Nama Program | PENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-3:2025] |
---|---|
Kod CU | P854-010-3:2025-E02 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | LAKSANA PENGAJARAN MEMBACA TULISAN HIJA'IYYAH BRAILE |
Penerangan CU | Laksana pengajaran membaca tulisan hija;iyyah braille menerangkan tentang satu usaha yang signifikan untuk individu yang cacat penglihatan agar dapat mengakses dan mempelajari al-Quran dengan lebih mudah bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk mendalami ilmu al-Quran. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sampaikan pengajaran huruf hija’iyyah Alif hingga Ya, sampaikan pengajaran huruf hija’iyyah tambahan, sampaikan pengajaran tanda baris braille dan sampaikan pengajaran huruf jawi. Hasilan CU ini adalah personal dapat mengajar pendengar menggunakan teknologi dan bahan bantuan yang sesuai untuk membaca al-Quran secara inklusif dan adaptif mengikut keperluan pembelajaran. |
Tempoh Latihan | 276 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat mengajar pendengar menggunakan teknologi dan bahan bantuan yang sesuai untuk membaca al-Quran secara inklusif dan adaptif mengikut keperluan pembelajaran. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sampaikan pengajaran huruf hija’iyyah Alif hingga Ya. 2. Sampaikan pengajaran huruf hija’iyyah tambahan. 3. Sampaikan pengajaran tanda baris braille. 4. Sampaikan pengajaran huruf jawi braille. |
Pra-Syarat | CU01 - Laksana Penyediaan Format Bahan Pengajaran. |