Job Description (JD)
Nama Program | PENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-3:2025] |
---|---|
Kod CU | P854-010-3:2025-E01 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | LAKSANA PENGAJARAN AL-QURAN KAEDAH ISYARAT |
Penerangan CU | Laksana pengajaran al-Quran kaedah isyarat menerangkan aktiviti pengajaran dapat diakses oleh semua golongan termasuk mereka yang mempunyai kekangan pendengaran untuk memahami dan menghayati ajaran Al-Quran secara efektif. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sampaikan pengajaran bahasa isyarat komunikasi, sampaikan pengajaran membaca al-Quran kaedah Ishari dan sampaikan pengajaran membaca al-Quran kaedah Fiqah. Hasilan CU ini adalah personal dapat mengajar menggunakan kaedah bahasa isyarat kepada golongan kurang pendengaran secara inklusif mengikut kaedah pembelajaran yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 276 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat mengajar menggunakan kaedah bahasa isyarat kepada golongan kurang pendengaran secara inklusif mengikut kaedah pembelajaran yang telah ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1 Sampaikan pengajaran bahasa isyarat komunikasi. 2 Sampaikan pengajaran membaca al-Quran kaedah Ishari. 3 Sampaikan pengajaran membaca al-Quran kaedah Faqih. |
Pra-Syarat | CU01 - Laksana Penyediaan Format Bahan Pengajaran. |