JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-3:2025]
Kod CUP854-010-3:2025-C04
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGAJARAN FARDHU AIN
Penerangan CULaksana pengajaran fardu ain menerangkan aktiviti pengajaran tentang kewajipan asas yang perlu dipelajari oleh setiap individu Muslim meliputi ilmu tauhid, solat, taharah dan akhlak untuk membentuk individu yang seimbang dari segi spiritual, moral dan sosial menurut ajaran Islam.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sampaikan pengajaran tauhid ilahiyyat, nubuwwat, sam’iyyat, fiqah taharah, fiqah solat, fiqah ibadah wanita, puasa, zakat dan haji dan akhlak/tasawuf.

Hasilan CU ini adalah personel dapat mendalami asas-asas keimanan, termasuk kepercayaan kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari kiamat, dan qada' dan qadar dan memperkukuh akidah mengikut keperluan pengajaran
Tempoh Latihan460
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat mendalami asas-asas keimanan, termasuk kepercayaan kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari kiamat, dan qada' dan qadar dan memperkukuh akidah mengikut keperluan pengajaran.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sampaikan pengajaran Tauhid Ilahiyyat.
2. Sampaikan pengajaran Tauhid Nubuwwat.
3. Sampaikan pengajaran Tauhid Sam’iyyat.
4. Sampaikan pengajaran Fiqah Taharah.
5. Sampaikan pengajaran fiqah solat.
6. Sampaikan pengajaran fiqah ibadah wanita.
7. Sampaikan pengajaran fiqah puasa, zakat dan haji.
8. Sampaikan pengajaran akhlak/ tasawuf.
Pra-SyaratCU01 - Laksana Penyediaan Format Bahan Pengajaran.