Job Description (JD)
Nama Program | PENGAJARAN PENGAJIAN ISLAM [P854-010-3:2025] |
---|---|
Kod CU | P854-010-3:2025-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PENGAJARAN TAJWID |
Penerangan CU | Laksana pengajaran tajwid menerangkan tentang aspek penting untuk memastikan pembacaan Al-Quran dilakukan dengan tepat dan betul mengikut kaedah bacaan dengan sebutan yang tepat tanpa mengubah makna ayat. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sampaikan pengajaran pengenalan ilmu tajwid, sampaikan pengajaran makhraj dan sifat huruf, sampaikan pengajaran hukum Nun Sakinah dan Tanwin dan Mim Sakinah, sampaikan pengajaran hukum Mad, sampaikan pengajaran Tafkhim dan Tarqiq, sampaikan pengajaran hukum Idgham, sampaikan pengajaran kaedah wakaf dan ibtida’ dan sampaikan pengajaran bacaan khusus riwayat Hafs ‘an Asim”. Hasilan CU ini adalah personel dapat mengajar kemahiran pembacaan al-Quran dengan betul dan tepat mengikut hukum tajwid berdasarkan riwayat Hafs ‘an Asim. |
Tempoh Latihan | 368 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat mengajar kemahiran pembacaan al-Quran dengan betul dan tepat mengikut hukum tajwid berdasarkan riwayat Hafs ‘an Asim. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sampaikan pengajaran pengenalan ilmu tajwid. 2. Sampaikan pengajaran makhraj dan sifat huruf. 3. Sampaikan pengajaran hukum nun mati, tanwin dan mim bersabda. 4. Sampaikan pengajaran hukum Mad. 5. Sampaikan pengajaran Tafkhim dan Tarqiq. 6. Sampaikan pengajaran Hukum Idgham. 7. Sampaikan pengajaran kaedah Wakaf dan Ibtida’. 8. Sampaikan pengajaran bacaan khusus riwayat Hafs ‘an Asim’. |
Pra-Syarat | CU01 - Laksana Penyediaan Format Bahan Pengajaran |