JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMERIKSAAN DANDANG STIM [M711-008-5:2024]
Kod CUM711-008-5:2024-C03
CompetencyCore
Tajuk CULaksana pemeriksaan pembaikan dandang stim.
Penerangan CULaksana pemeriksaan pembaikan dandang stim menerangkan pemeriksaan untuk setiap jentera berperakuan yang telah menjalani pembaikan terhadap jentera DS untuk mendapatkan kelayakan jentera berperakuan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pemeriksaan pembaikan dandang stim, jalankan pemeriksaan pembaikan dandang stim dan sedia laporan pemeriksaan pembaikan dandang stim.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan ke atas DS serta mampu membuat penilaian dan keputusan bagi menentukan DS layak diberi Perakuan Kelayakan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan486
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan ke atas DS serta mampu membuat penilaian dan keputusan bagi menentukan DS layak diberi Perakuan Kelayakan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1.Rancang pemeriksaan pembaikan dandang stim.
2.Jalankan pemeriksaan pembaikan dandang stim.
3.Sedia laporan pemeriksaan pembaikan dandang stim.
Pra-SyaratTerampil dalam M711-008-5:2024-C02 Laksana pemeriksaan berkala / tambahan dandang stim