JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN MASJID [O841-003-4:2022]
Kod CUO841-003-4:2022-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA HAFAZAN AL-QURAN
Penerangan CULaksana hafazan al-Quran menerangkan tentang aktiviti membaca, menghafal dan bertaranum ayat-ayat al-Quran mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh hafaz surah al-Insaan, hafaz surah as-Sajdah, hafaz surah ad-Dukhaan, hafaz surah al-Waqi’ah, hafaz surah ar-Rahman, hafaz surah al-Mulk, hafaz surah Yaasin, alunkan bacaan taranum Bayyati, alunkan bacaan taranum Nahawand dan baca ayat-ayat Rukyah.

Hasilan CU ini adalah bacaan dan hafazan ayat al-Quran mengikut makhraj dan tajwid yang betul dan alunan taranum yang baik.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah bacaan dan hafazan ayat al-Quran mengikut makhraj dan tajwid yang betul serta alunan taranum yang baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Hafaz surah al-Insaan.
2. Hafaz surah as-Sajdah.
3. Hafaz surah ad-Dukhaan.
4. Hafaz surah al-Waqi’ah.
5. Hafaz surah ar-Rahman.
6. Hafaz surah al-Mulk.
7. Hafaz surah Yaasin.
8. Alunkan bacaan taranum Bayyati.
9. Alunkan bacaan taranum Nahawand.
10. Baca ayat-ayat Rukyah.
Pra-SyaratTiada