JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020]
Kod CUC107-002-3:2020-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN PENYEDIAAN PESANAN PENGELUARAN PRODUK
Penerangan CUPengendalian Penyediaan Pesanan Pengeluaran Produk menerangkan aktiviti yang dilaksanakan dalam penyediaan pengeluaran produk berdasarkan pesanan yang diterima dari pihak pengurusan/ pihak berkepentingan. Pengeluaran dilaksanakan mengikut kaedah dan tatacara yang menepati jenis produk dan jumlah pesanan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana penerimaan pesanan, lakukan pemprosesan maklumat pesanan pengeluaran, kendalikan penyediaan pesanan pengeluaran dan sediakan laporan aktiviti penyediaan pesanan pengeluaran produk.

Hasilan CU ini adalah maklumat aktiviti pengendalian penyediaan pesanan pengeluaran adalah sistematik, jelas secara berjadual dan menepati kehendak pesanan pengeluaran.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh melaksanakan pengendalian maklumat pesanan aktiviti pengeluaran secara sistematik, jelas secara berjadual dan menepati kehendak pesanan pengeluaran.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Laksana penerimaan pesanan.
2. Lakukan pemprosesan maklumat pesanan pengeluaran.
3. Kendalikan penyediaan pesanan pengeluaran.
4. Sediakan laporan aktiviti penyediaan pesanan pengeluaran produk.
Pra-Syarat0