Job Description (JD)
| Nama Program | Penjagaan dan Kemajuan Kanak-Kanak [Q879-001-3:2018] |
|---|---|
| Kod CU | Q879-001-3:2018-E01 |
| Competency | Elektif |
| Tajuk CU | JAGAAN DAN RUTIN HARIAN KANAK-KANAK PUSAT JAGAAN HARIAN |
| Penerangan CU | Jagaan Dan Rutin Harian Kanak-Kanak Pusat Harian adalah kemahiran dalam memberikan perkhidmatan penjagaan dan pelaksanaan rutin harian kanak-kanak di pusat jagaan harian / day care centre mengikut keperluan Akta Pusat Jagaan 1993. Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh melakukan penerimaan kanak-kanak, melakukan aktiviti dandanan diri kanak-kanak, melakukan penyediaan pemakanan kanak-kanak, melakukan aktiviti rehat dan tidur dan melakukan serahan semula kanak-kanak. Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk memberikan perkhidmatan penjagaan dan rutin harian kanak-kanak di pusat jagaan harian / day care centre secara profesional berdasarkan keperluan Akta Pusat Jagaan 1993. |
| Tempoh Latihan | 320 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk m memberikan perkhidmatan penjagaan dan rutin harian kanak-kanak di pusat jagaan harian / day care centre secara profesional berdasarkan keperluan Akta Pusat Jagaan 1993. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Lakukan penerimaan kanak-kanak 2. Lakukan aktiviti dandanan diri kanak-kanak 3. Lakukan pengendalian pemakanan kanak-kanak 4. Lakukan aktiviti rehat / tidur 5. Lakukan serahan semula kanak-kanak |
| Pra-Syarat | 0 |

