Job Description (JD)
Nama Program | Pengkaryaan Seni Khat [R900-005-2:2019] |
---|---|
Kod CU | R900-005-2:2019-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENULISAN KARYA SENI KHAT DIGITAL RIQ’AH, NASAKH DAN THULUTH |
Penerangan CU | Penulisan Karya Seni Khat Digital Riq’ah, Nasakh dan Thuluth menerangkan keupayaan mengolah dan menggubah tarkib bentuk huruf-huruf khat, membuat perubahan dan tambahbaik dalam kaedah penyuntingan huruf teks al-Quran dan Jawi serta menggabungkan khat, lukisan dan seni visual yang dihasilkan secara digital dan penggunaan teknologi baru. Inovasi Seni Khat masa ini mampu menghasilkan karya yang unik dan menarik sehingga dapat menonjolkan keindahan Seni Khat dengan lenggok huruf dan susunan perkataan yang membawa maksudnya tersendiri melalui penggunaan komputer dan perkakasannya. Penulisan karya Seni Khat yang diintegrasikan dengan pelbagai inovasi, berjaya menyebabkan ramai generasi muda meminati Seni Khat menerusi persembahan dan olahan warna yang memainkan peranan penting. Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk sediakan perkakasan tulisan khat secara digital, lakukan tambah baik karya tulisan khat Riq’ah, Nasakh dan Thuluth secara digital, cetak karya tulisan khat secara digital, buat katalog karya dan produk Seni Khat Riq’ah, Nasakh dan Thuluth. Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan menggubah dan mengolah tarkib karya Seni Khat (Riq’ah, Nasakh, dan Thuluth) menggunakan teknologi baru digital dan pengkomputeran yang digabungkan dengan kreativiti yang bersesuaian, seterusnya menghasilkan karya atau produk Seni Khat tidak bercanggah dengan tuntutan agama serta tidak menimbulkan masalah dan kekeliruan semasa melihat serta membaca karya Seni Khat berkaitan. |
Tempoh Latihan | 150 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan menggubah dan mengolah tarkib karya Seni Khat (Riq’ah, Nasakh dan Thuluth) menggunakan teknologi baru digital dan pengkomputeran yang digabungkan dengan kreativiti yang bersesuaian, seterusnya menghasilkan karya atau produk Seni Khat tidak bercanggah dengan tuntutan agama serta tidak menimbulkan masalah dan kekeliruan semasa melihat serta membaca karya Seni Khat berkaitan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Sediakan perkakasan tulisan khat secara digital. 2. Lakukan tambah baik karya tulisan khat Riq’ah, Nasakh dan Thuluth secara digital. 3. Cetak karya tulisan khat Riq’ah, Nasakh dan Thuluth secara digital. 4. Buat katalog karya dan produk Seni Khat Riq’ah, Nasakh dan Thuluth. |
Pra-Syarat | Tiada |