JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Khidmat Komuniti [CC-016-5:2015]
Kod CUCC-016-5:2015-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN KHIDMAT BANTUAN BENCANA
Penerangan CUPengurusan khidmat bantuan bencana adalah satu set kompetensi untuk merancang dan menjalankan aktiviti pemantau semasa bencana berlaku. Aktiviti ini disediakan mengikut dan selari dengan keperluan MKN20.

Seseorang yang terlibat di dalam pengurusan khidmat bantuan bencana hendaklah boleh menyediakan perancangan pengurusan bencana, menyediakan pelan tindakan bencana, mengurus perbelanjaan bantuan bencana, mengurus bantuan bencana, mengurus tenaga kerja, menjalankan pemantauan dan penilaian bencana dan menyediakan laporan pengurusan bantuan bencana.

Hasil daripada pengurusan khidmat bantuan bencana yang kemprehensif dapat memastikan bantuan dan sokongan terhadap mangsa bencana dapat diselaraskan dengan efisyen.

Tempoh Latihan400
Objektif PembelajaranKakitangan yang mahir dalam pengurusan khidmat bantuan bencana yang efektif dapat memastikan bantuan dan sokongan terhadap mangsa bencana dapat diselaraskan dengan efisyen. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat:

• Sedia perancangan pengurusan bencana
• Sedia pelan tindakan bencana dan risiko/insiden
• Urus perbelanjaan bencana dan risiko/insiden
• Urus bantuan bencana
• Urus tenaga kerja
• Jalan pemantauan dan penilaian bencana dan risiko/insiden
• Sedia laporan bencana dan risiko/insiden
Pra-Syarat-