JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Penerbitan [PR-025-5:2015]
Kod CUPR-025-5:2015-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPELAKSANAAN FUNGSI PENGURUSAN PENERBITAN
Penerangan CUPelaksanaan fungsi pengurusan penerbitan ialah tanggungjawab yang melibatkan program pembangunan sumber manusia, penilaian prestasi serta penyediaan infrastruktur dan peruntukan kewangan.


Petugas yang kompeten dalam pelaksanaan fungsi pengurusan penerbitan mesti boleh menyelia laithan dalaman, menyediakan tugasan kerja, menyediakan belanjawan bahagian, mengendalikan mesyuarat, melakukan penilaian prestasi staf, menyelaraskan penyediaan bahan promosi dan menyelaraskan penyimpanan bahan terbitan yang berkaitan berdasarkan misi dan visi organisasi.

Hasil CU ini adalah untuk memastikan skop tanggungjawab yang disenaraikan dilaksanakan berdasarkan petunjuk prestasi.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranHasil CU ini adalah untuk memastikan latihan dalaman diselia, skop kerja ditentukan, belanjawan disediakan, mesyuarat dikendalikan, penilaian prestasi staf dilakukan, penyediaan bahan promosi diselaraskan dan penyimpanan bahan terbitan yang berkaitan diselaraskan.

Setelah menamatkan unit kompetensi ini, pelatih berkebolehan:
1. Selia latihan dalaman.
2. Sediakan skop kerja.
3. Sediakan belanjawan bahagian.
4. Kendalikan mesyuarat.
5. Lakukan penilaian prestasi staf.
6. Selaraskan penyediaan bahan promosi.
7. Selaraskan penyimpanan bahan terbitan yang berkaitan.
Pra-Syarat-