JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Penerbitan [PR-025-5:2015]
Kod CUPR-025-5:2015-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENILAIAN NASKHAH SEDIA TERBIT
Penerangan CUPenilaian naskhah sedia terbit ialah aktiviti penyemakan dan pengesahan kepada naskhah yang sedia untuk dicetak yang melibatkan perbandingan dengan naskhah pruf akhir.


Petugas yang kompeten dalam penilaian naskhah sedia terbit mesti boleh mengesahkan naskhah pruf akhir, menilai naskhah sedia terbit, menyemak kandungan lengkap naskhah sedia terbit, menyemak pematuhan gaya penerbitan dan menyemak ketepatan spesifikasi penerbitan

Hasil CU ini adalah untuk memastikan naskhah sedia terbit disahkan sama dengan naskhah pruf akhir dari aspek teknikal dan spesifikasi penerbitan berdasarkan Gaya Penerbitan.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranHasil CU ini adalah untuk memastikan naskhah pruf akhir disahkan, naskhah sedia terbit dinilai, kandungan lengkap naskhah sedia terbit disemak, gaya penerbitan dipatuhi, dan ketepatan spesifikasi penerbitan disemak.


Setelah menamatkan unit kompetensi ini, pelatih berkebolehan:
1. Sahkan naskhah pruf akhir
2. Nilai naskhah sedia terbit
3. Semak kandungan lengkap naskhah sedia terbit
4. Semak pematuhan gaya penerbitan
5. Semak ketepatan spesifikasi penerbitan
Pra-Syarat-