Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Penerbitan [PR-025-5:2015] |
---|---|
Kod CU | PR-025-5:2015-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENILAIAN REKA BENTUK BAHANTERBITAN |
Penerangan CU | Penilaian reka bentuk bahan terbitan ialah aktiviti penyemakan dan pengesahan konsep reka bentuk bahan terbitan yang meliputi kulit buku, bahagian awalan, bahagian teks dan bahagian akhiran dari aspek format, reka letak, teks dan bahan grafik, tipografi, pewarnaan dan sebagainya. Petugas yang kompeten dalam penilaian reka bentuk bahan terbitan mesti boleh menyediakan ringkasan konsep reka bentuk bahan terbitan, menentukan konsep reka bentuk bahan terbitan, menilai visual kulit dan menilai reka letak halaman (layout) bahan terbitan Hasil CU ini adalah untuk memastikan ringkasan konsep reka bentuk bahan terbitan disediakan, konsep reka bentuk bahan terbitan ditentukan, visual kulit dinilai, dan reka letak halaman (layout) bahan terbitan dinilai. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Hasil CU ini adalah untuk memastikan ringkasan konsep reka bentuk bahan terbitan disediakan, konsep reka bentuk bahan terbitan ditentukan, visual kulit dinilai, dan reka letak halaman (layout) bahan terbitan dinilai. Setelah menamatkan unit kompetensi ini, pelatih berkebolehan: 1. Sediakan ringkasan konsep reka bentuk bahan terbitan. 2. Tentukan konsep reka bentuk bahan terbitan. 3. Nilai visual kulit. 4. Nilai reka letak halaman (layout) bahan terbitan. |
Pra-Syarat | - |