Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Penerbitan [PR-025-5:2015] |
---|---|
Kod CU | PR-025-5:2015-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN PEMIBINAAN JUDUL |
Penerangan CU | Pengurusan pembinaan judul ialah aktiviti untuk memperoleh judul-judul baharu dalam bidang tertentu berdasarkan kajian pasaran. Petugas yang kompeten dalam pengurusan pembinaan judul mesti boleh merancang pembinaan judul, menguruskan perolehan manuskrip, merancang program bimbingan pengarang, menyediakan anggaran kos judul dan mengatur perolehan manuskrip berdasarkan Manual Prosedur Kerja. Hasil CU ini adalah untuk memastikan pengendalian pengurusan pembinaan judul menepati jadual, perolehan manuskrip diuruskan secara sistematik, program bimbingan pengarang dilaksanakan mengikut perancangan, anggaran kos judul disediakan mengikut peruntukan dan memenuhi perancangan serta manuskrip lengkap diperoleh. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Hasil CU ini adalah untuk memastikan pengendalian pengurusan pembinaan judul menepati jadual, perolehan manuskrip diuruskan secara sistematik, program bimbingan pengarang dilaksanakan mengikut perancangan, anggaran kos judul disediakan mengikut peruntukan dan memenuhi perancangan serta manuskrip lengkap diperoleh. Setelah menamatkan unit kompetensi ini, pelatih berkebolehan: 1. Rancang pembinaan judul. 2. Uruskan perolehan manuskrip. 3. Rancang program bimbingan pengarang. 4. Sediakan anggaran kos judul. 5. Atur perolehan manuskrip |
Pra-Syarat | - |