Job Description (JD)
Nama Program | Pelaksanaan Penerbitan [PR-025-4:2015] |
---|---|
Kod CU | PR-025-4:2015-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMANTAUAN KERJA REKA BENTUKTERBITAN |
Penerangan CU | Pemantauan kerja reka bentuk terbitan ialah memastikan kerja reka bentuk dilakukan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan. Reka bentuk terbitan melibatkan kulit, grafik, halaman dan keseluruhan bahan terbitan. Petugas yang kompeten dalam pemantauan kerja reka bentuk terbitan mesti boleh memantau penyediaan reka bentuk kulit, penyediaan bahan grafik, menyemak spesifikasi reka bentuk buku dan memantau penyediaan reka letak halaman serta mendapatkan pengesahan pegawai atasan. Hasil CU ini adalah untuk memastikan pemantauan kerja reka bentuk terbitan, ilustrasi dan grafik yang disahkan berdasarkan spesifikasi mengikut jadual yang dirancang. |
Tempoh Latihan | 140 |
Objektif Pembelajaran | Hasil CU ini adalah untuk memastikan pemantauan kerja reka bentuk terbitan, ilustrasi dan grafik yang disahkan berdasarkan spesifikasi mengikut jadual yang dirancang. Setelah menamatkan unit kompetensi ini, pelatih berkebolehan: 1. Pantau penyediaan reka bentuk kulit. 2. Pantau penyediaan bahan grafik. 3. Semak spesifikasi reka bentuk penerbitan. 4. Pantau penyediaan reka letak halaman. 5. Dapatkan pengesahan reka bentuk penerbitan. |
Pra-Syarat | N/A |