JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenterjemahan Teks [PR-028-4:2016]
Kod CUPR-028-4:2016-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPEMURNIAN TERJEMAHAN TEKS
Penerangan CUPemurnian terjemahan teks merupakan kerja-kerja menyemak dan membetulkan hasil terjemahan yang dilakukan.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu baca teks asal dam teks terjemahan, banding teks terjemahan dengan teks asal, kenal pasti kesilapan dalam teks terjemahan, betulkan kesilapan makna mengikut makna teks asal, betulkan kesilapan tatabahasa, pilih diksi yang sesuai berdasarkan kolokasi bahasa sasaran, betulkan kesilapan istilah, laras mengikut bidang dan murnikan teks terjemahan yang telah disunting.

Hasil daripada keterampilan ini adalah memastikan semua kerja-kerja pemurnian yang terlibat dalam kerja penterjemahan ini dilakukan dengan teratur dan sistematik disamping menjaga kualiti hasil kerja penterjemahan yang dilakukan.
Tempoh Latihan480
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja pemurnian terjemahan teks. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Baca teks asal dan teks terjemahan
• Banding teks terjemahan dengan teks asal
• Kenal pasti kesilapan dalam teks terjemahan
• Betulkan kesilapan makna mengikut makna teks asal
• Betulkan kesilapan tatabahasa
• Pilih diksi yang sesuai berdasarkan kolokasi bahasa sasaran
• Betulkan kesilapan istilah, laras mengikut bidang
• Murnikan teks terjemahan yang telah disunting
Pra-Syarat0