Senarai Kursus
Memaparkan 1-6 daripada 6 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Penerangan Kursus |
|---|---|---|---|
| 1 | OPERASI TRAK PENGUMPULAN SISA PEPEJAL | 80 | Perantis yang mengikuti kursus ini akan dibimbing bagi mengendalikan kenderaan / jentera kutipan sisa pepejal berdasarkan keperluan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal. Perantis yang diperaku kompeten melalui kursus ini mampu untuk mengenal pasti spesifikasi jentera kutipan dan boleh mengendalikan jentera untuk kerja-kerja operasi kutipan sisa pepejal. Perantis turut akan didedahkan berkenaan aspek pemeriksaan jentera kutipan. Perantis juga seharusnya mampu mengenalpasti, mengendalikan dan melaporkan situasi kontigensi di lapangan secara efisien dimana ianya merupakan salah satu keperluan berdasarkan Kekunci Petunjuk Prestasi (KPI) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). |
| 2 | OPERASI MANUAL PEMBERSIHAN AWAM | 160 | Perantis yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan latihan cara kerja pembersihan awam secara manual merangkumi pembersihan jalan, pembersihan longkang, pemotongan rumput, pembersihan tandas, pembersihan tempat awam serta pembersihan sampah haram dan pengalihan bangkai. Perantis yang diakui kompeten melalui kursus ini seharusnya mampu melaksanakan kesemua kerja-kerja pembersihan dengan mengenal pasti keperluan dan spesifikasi kerja pembersihan, menyediakan peralatan dan kelengkapan kerja pembersihan, melaksanakan kerja pembersihan, menempatkan sisa terkumpul di dalam bekas yang sesuai, memastikan kerja pembersihan dilaksanakan dengan sempurna dan melaporkan kerja pembersihan kepada penyelia. |
| 3 | OPERASI MEKANIKAL PEMBERSIHAN AWAM | 160 | Perantis yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan latihan cara kerja pembersihan awam secara mekanikal menggunakan jentera merangkumi pembersihan jalan, pembersihan longkang, pemotongan rumput, dan pembersihan pantai. Perantis yang diakui kompeten melalui kursus ini seharusnya mampu mengendalikan jentera bagi kesemua kerja-kerja pembersihan dengan mengenal pasti keperluan dan spesifikasi kerja pembersihan, melaksanakan kerja pembersihan, memastikan kerja pembersihan dilaksanakan dengan sempurna dan melaporkan kerja pembersihan kepada penyelia. |
| 4 | OPERASI PENGUMPULAN SISA PEPEJAL | 80 | Kursus ini mendedahkan perantis kepada pengetahuan dan kemahiran dalam operasi kutipan sisa pepejal berdasarkan keperluan Kekunci Petunjuk Prestasi (KPI) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Perantis akan didedahkan mengenai keperluan dan sumber yang diperlukan di dalam operasi kutipan sisa pepejal dan mampu mengendalikan kerja kutipan. Perantis juga akan dilatih mengendalikan situasi kontigensi secara efisien bagi menangani sebarang kejadian kecemasan semasa bertugas di lapangan. |
| 5 | OPERASI PENGUMPULAN SISA PEPEJAL | 80 | Kursus ini mendedahkan perantis kepada pengetahuan dan kemahiran dalam operasi kutipan sisa pepejal berdasarkan keperluan Kekunci Petunjuk Prestasi (KPI) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Perantis akan didedahkan mengenai keperluan dan sumber yang diperlukan di dalam operasi kutipan sisa pepejal dan mampu mengendalikan kerja kutipan. Perantis juga akan dilatih mengendalikan situasi kontigensi secara efisien bagi menangani sebarang kejadian kecemasan semasa bertugas di lapangan. |
| 6 | OPERASI MANUAL PEMBERSIHAN AWAM TAHAP 2 | 240 | Kursus ini akan mendedahkan para perantis yang berdaftar berkenaan kerja-kerja pembersihan awam yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi dan kontraktor yang dikawalselia oleh SWCorp. Aktiviti-aktiviti pembersihan awam yang terlibat di dalam kursus ini adalah Pembersihan Jalan, Pembersihan Longkang, Pemotongan Rumput, Pembersihan Tandas Awam, Pengalihan Bangkai dan Pembersihan Sampah Haram serta Pembersihan Tempat Awam. Antara perkara penting yang bakal dipelajari oleh perantis adalah cara kerja pembersihan mengikut manual operasi yang telah ditetapkan, jenis peralatan, jentera, bahan pakai habis, pakaian perlindungan diri (PPE) yang digunakan serta KPI yang terlibat di dalam kerja-kerja pembersihan ini. |

