Senarai Kursus

Senarai Kursus

Memaparkan 1-3 daripada 3 items.
#Nama KursusJumlah Hari BekerjaPenerangan Kursus
 
1CU1-3D MODELING40CU1-3D MODELLING

Kursus ini direka bagi menghasilkan individu yang kompeten dalam Unit Kompetensi CU1-3D Modelling ini dan mereka akan dapat menghasilkan model 3D "hard surface" seperti yang digambarkan dalam lukisan konsep 2D mengikut keperluan produksi projek.

Antara faedah yang diperolehi oleh pelajar melalui kursus ini adalah seperti :
i) Dapat menghasilkan video "concept art / model sheet" : Menilai dan memahami "concept art / model sheet" untuk memastikan pemahaman yang tepat mengenai reka bentuk dan spesifikasi teknikal.
ii) Memasukkan "concept art / model sheet" ke dalam perisian pemodelan 3D untuk digunakan sebagai rujukan semasa proses pemodelan.
iii) Mencipta lakaran bentuk "Mesh" : Menggunakan teknik pemodelan untuk membina bentuk "Mesh" 3D berdasarkan lukisan konsep, memastikan topologi yang bersih dan efisien.
iv) Menghasilkan Gambaran Asas Tekstur Prinsip: Menggunakan Gambaran Asas Tekstur untuk memetakan tekstur pada model 3D, memastikan aplikasi tekstur yang tepat dan realistik.
v) Menyediakan dan menyerahkan model 3D yang telah siap kepada juruteknik rigging untuk proses seterusnya dalam aliran kerja pengeluaran.

CU1-3D Modelling ini direka untuk membekalkan pelatih dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan animasi objek 3D yang berkesan menyampaikan jalan cerita yang dimaksudkan.
2CU3 - 3D OBJECT ANIMATION 48CU3 - 3D OBJECT ANIMATION

Kursus ini menawarkan individu yang kompeten dalam Unit Kompetensi CU3-3D Objek Animasi dan mereka akan mampu menghasilkan animasi objek 3D berdasarkan keperluan jalan cerita.

Antara faedah yang akan diperolehi oleh pelatih melalui kursus ini adalah seperti :
i) Menentukan Keperluan Animasi: Mengenal pasti keperluan animasi berdasarkan jalan cerita, termasuk memahami spesifikasi kreatif dan teknikal.
ii) Menyediakan "3D Layout" : Mereka bentuk dan menyediakan persekitaran 3D, termasuk komposisi adegan, pencahayaan, dan sudut kamera, selaras dengan naratif.
iii) Menyediakan "Blocking Animation" : Menetapkan pergerakan dan pose utama watak atau objek, membina asas bagi urutan animasi.
iv) Melakukan 3D Animasi secara kasar : Membangunkan animasi awal, memberi tumpuan kepada masa dan pergerakan tanpa perincian akhir, untuk memvisualisasikan aliran urutan.
v) Menyiapkan Animasi 3D: Memperhalusi dan menyelesaikan animasi, menambah perincian, tekstur, dan sentuhan akhir untuk menghasilkan urutan animasi 3D yang kemas.

CU3-3D Objek Animasi ini direka bagi membekalkan pelatih dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan animasi objek 3D yang berkesan menyampaikan jalan cerita yang dimaksudkan.D
33D OPERASI SOKONGAN DAN PENGELUARAN200IT-055-3:2013 – 3D Operasi Sokongan dan Pengeluaran

Kursus ini menawarkan latihan teknikal seiring dengan kehendak industri kepada individu yang ingin mencapai tahap kompetensi dalam bidang 3D – khususnya dalam Operasi Sokongan dan Pengeluaran, selaras dengan standard NOSS (National Occupational Skills Standard) IT-055-3:2013.

Peserta yang menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mampu :

1) Melaksanakan proses sokongan teknikal dalam penghasilan Model 3D, Rig 3D, Animasi 3D, Pencahayaan & Visual Rendering, Kesan Khas Visual 3D dan Suntingan Audio & Video,
2) Mengendalikan alatan dan perisian industri berkaitan 3D seperti Autodesk Maya, Audacity, Adobe Premiere dan lain-lain,
3) Menyediakan aset dan bahan pengeluaran untuk projek animasi 3D, permainan video, atau simulasi;
4) Bekerjasama secara profesional dalam persekitaran studio 3D dan pengeluaran multimedia;
5) Mematuhi piawaian industri serta memastikan hasil kerja memenuhi keperluan pelanggan

Antara faedah yang akan diperoleh oleh pelatih melalui kursus ini termasuklah:

1) Kemahiran teknikal 3D yang mendalam
- Dimana pelatih akan dilatih dalam penggunaan perisian-perisian 3D utama, termasuk teknik modeling, texturing, rigging, lighting, rendering, editing, compositing dan animating.

2) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Setelah tamat dan lulus penilaian, pelatih akan dianugerahkan SKM Tahap 3, yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

3) Peluang pekerjaan dalam industri kreatif digital
- Graduan kursus ini boleh bekerja sebagai 3D Artist, Technical Assistant, Production Support Specialist atau memulakan kerjaya bebas (freelancer).

4) Latihan berasaskan projek sebenar (hands-on project)
- Pelatih berpeluang menghasilkan portfolio melalui projek 3D yang realistik, yang seiring dengan industri terkini iannya sangat membantu semasa permohonan kerja.

5) Pemahaman mendalam terhadap aliran kerja industri (pipeline)

Kursus ini mendedahkan pelatih kepada keseluruhan proses kerja dalam studio 3D – dari konsep hingga ke pengeluaran akhir video animasi.