Senarai Kursus
Memaparkan 1-1 daripada 1 item.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Penerangan Kursus |
|---|---|---|---|
| 1 | MICRO-C PERKHIDMATAN BARISTA | 72 | Kursus Perkhidmatan Barista adalah sebahagian daripada sektor penyediaan makanan dan minuman. Kursus ini bertujuan untuk melatih perantis dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang barista yang cekap dan profesional. Kursus ini merangkumi pemahaman yang mendalam tentang teknik membuat kopi, termasuk mengisar biji kopi, pengekstrakan espreso, dan membuat pelbagai jenis minuman kopi seperti latte, cappuccino, dan americano. Perantis juga akan belajar tentang senarai peralatan kopi, pengetahuan tentang jenis biji kopi, dan pemahaman tentang kebersihan dan standard keselamatan makanan untuk mencapai kecemerlangan dalam industri perkhidmatan barista. Selain itu, barista juga bertindak sebagai barisan hadapan dalam industri kafe, kerana skop kerja mereka meliputi pengurusan ruang kerja yang baik dan kemahiran perkhidmatan pelanggan serta kemahiran dalam menghidangkan minuman kopi dengan kreativiti dan kepakaran kepada pelanggan. Skop perkhidmatan barista bukan sahaja sentiasa berkembang dari semasa ke semasa, tetapi ia turut menyumbang ke arah perubahan sosial mana-mana komuniti. Kedai kopi pada masa kini merupakan sebuah tempat awam di mana kebanyakan aktiviti sosial berlaku bukan sahaja dalam konteks Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. |

