Senarai Kursus
Memaparkan 1-8 daripada 8 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Penerangan Kursus |
|---|---|---|---|
| 1 | PENYELARASAN OPERASI MASJID | 40 | Bagi kursus modular Tahap 2 CU1 iaitu Kendali Pembersihan Fasiliti Masjid memberi tumpuan kepada pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di dalam dan di luar masjid. Ia merangkumi pembersihan ruang hamam, ruang makan, serta bilik-bilik khusus. Tugas ini amat penting dalam memastikan kebersihan masjid terjaga demi keselesaan para jemaah dan pelawat. Seterusnya, kursus modular Tahap 2 CU2 iaitu Laksana Program Masjid memainkan peranan penting dalam pengimarahan masjid melalui pelbagai program bermanfaat. Unit ini melibatkan perancangan dan penyediaan peralatan untuk program, penyelarasan kedudukan jemputan, pemantauan aktiviti program, dan pelaporan selepas program dilaksanakan. Keupayaan untuk melaksanakan program secara teratur dan sistematik membantu menjadikan masjid pusat aktiviti komuniti yang efektif. Bagi memastikan persekitaran masjid kekal indah dan menyenangkan, kursus modular Tahap 2 CU3 iaitu Laksana Aktiviti Pengindahan dan Keceriaan Masjid bertanggungjawab mengenal pasti keperluan pengindahan, menyelenggara aset keceriaan, memeriksa tanaman landskap, serta merekodkan aset berkaitan. Aktiviti ini tidak hanya mencipta suasana masjid yang harmoni, tetapi juga menarik minat jemaah untuk terus mengimarahkan masjid. Kursus modular Tahap 2 CU4 iaitu Selenggara Peralatan dan Kemudahan Masjid pula memastikan semua peralatan dan kemudahan masjid sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Aktiviti seperti penyelenggaraan peralatan, utiliti masjid, serta penyediaan laporan penyelenggaraan dilaksanakan dengan teliti. Dengan ini, masjid dapat terus beroperasi tanpa gangguan teknikal yang boleh menjejaskan kelancarannya. Selain itu, kursus modular Tahap 2 CU5 iaitu Kendali Stor Peralatan Masjid menumpukan kepada pengurusan stor yang efisien. Semakan peralatan dan aset, inventori, serta penerimaan stok dilakukan bagi memastikan segala keperluan masjid diurus dengan rapi dan tersusun. Pendekatan ini penting untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan stok yang mencukupi untuk kegunaan harian. Kursus modular Tahap 2 CU6 iaitu Kendali Keselamatan dan Fasiliti Masjid memberikan perhatian kepada aspek keselamatan masjid. Ia merangkumi pemantauan tugas keselamatan, pemeriksaan peralatan, fasiliti, dan keselamatan jemaah. Langkah-langkah ini diambil bagi menjamin kesejahteraan semua pihak yang berada di masjid. Kursus modular Tahap 2 CU7, perantis akan didedahkan dengan pelaksanaan bacaan Surah – An-Naba’ (78) – Al-Inshiqaq (84) |
| 2 | PENGOPERASIAN MASJID | 40 | Kursus modular Tahap 1 CU1 merangkumi pengendalian urusan dokumentasi masjid yang melibatkan pelaksanaan perekodan, penyediaan, dan pengedaran dokumentasi masjid serta pemeriksaan penggunaan peralatan operasi masjid. Aktiviti ini memastikan pengurusan dokumentasi dilakukan secara sistematik dan efisien. Kursus modular Tahap 1 CU2 pula memberi fokus kepada pengendalian perkhidmatan kaunter masjid. Tugas utama termasuk melaksanakan perkhidmatan kaunter hadapan, menjalankan komunikasi awam, mengatur temu janji pelawat, dan memantau keselamatan di kaunter masjid. Ini bertujuan untuk memastikan urusan di kaunter berjalan lancar dan profesional. Kursus modular Tahap 1 CU3 melibatkan tugas sokongan operasi masjid. Aktiviti ini merangkumi penyediaan jadual tugas pegawai masjid, pencatatan arahan tugas, pengurusan keperluan logistik, pelaksanaan perolehan masjid, serta pengendalian aktiviti kewangan. Selain itu, ia juga melibatkan penyelarasan operasi masjid, pengurusan keperluan ahli kariah, dan pengemaskinian laporan operasi. Aktiviti ini penting untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi masjid secara keseluruhan. Kursus modular Tahap 1 CU4 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Az-Zalzalah. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. Kursus modular Tahap 1 CU5 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-‘Aadiyat hingga Surah Quraisy. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. |
| 3 | PENYELIAAN OPERASI MASJID | 40 | Tahap 3 CU1 iaitu Kendali Tugas Muazzin memberikan penekanan kepada memeriksa jadual waktu solat, melaungkan azan serta iqamah di setiap waktu solat, mengalunkan taslim dan bacaan ayat Al-Quran dan melaksanakan aktiviti solat-solat sunat. Tahap 3 CU3 pula iaitu Laksana Program Asas Fardu ‘Ain memberi penekanan kepada kendali program asas ilmu tauhid, kendali program asas ilmu fiqh taharah, kendali program asas ilmu fiqh ibadah (solat), kendali program asas ilmu fiqh ibadah (wanita), kendali program ilmu fiqh sembelihan, kendali program asas ilmu tasawuf dan akhlak |
| 4 | PENYELIAAN OPERASI MASJID | 5 | Tahap 3 CU2 iaitu unit kompetensi ini memberi penekanan kepada pelatih agar dapat melaksanakan aktiviti berkaitan bacaan Al-Quran. Aktivti yang ditekanan adalah membuataktiviti tahsin surah As-Sajadah dan surah Al-Insan. Tahap 3 CU4 pula iaitu Kendali Pengurusan jenazah yang merangkumi kepada pengurusan jenazah yang bersistematyik, mengikut tertib dan prosedure yang betul. Antara Aktivitinya adalah laksana tugas urusan kematian, laksana tugas mandikan mayat, laksana tugas kafankan mayat, laksana urusan solat jenazah dan yang terakhir laksana urusan pengebumian jenazah. Tahap 3 CU5 menekankan kepada perantis kepada Laksana Tugas Pengendalian Teknologi Maklumat yang merangkumi kendali peralatan teknologi komunikasi dan sistem audio visual, bina sistem e-filing masjid, buat pangkalan data ahli kariah dan bina slaid pembentangan dan hamparan dokumen. Tahap 3 CU6 pula Laksana Pengimarahan Masjid. Dalam CU ini perantis didedahkan dengan pimpin solat fardu, ketuai bacaan surah Yassin, tahlil dan doa, selaras kumpulan marhaban dan barzanji, kendali tadarus Al-Quran dan yang terakhir selaras program anjuran masjid. |
| 5 | PENYELARASAN OPERASI MASJID | 5 | Tahap 2 CU8 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-Buruj hingga Surah Al-Lail. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. |
| 6 | PENGOPERASIAN MASJID | 147 | Tahap 1 CU1 merangkumi pengendalian urusan dokumentasi masjid yang melibatkan pelaksanaan perekodan, penyediaan, dan pengedaran dokumentasi masjid serta pemeriksaan penggunaan peralatan operasi masjid. Aktiviti ini memastikan pengurusan dokumentasi dilakukan secara sistematik dan efisien. Tahap 1 CU2 pula memberi fokus kepada pengendalian perkhidmatan kaunter masjid. Tugas utama termasuk melaksanakan perkhidmatan kaunter hadapan, menjalankan komunikasi awam, mengatur temu janji pelawat, dan memantau keselamatan di kaunter masjid. Ini bertujuan untuk memastikan urusan di kaunter berjalan lancar dan profesional. Tahap 1 CU3 melibatkan tugas sokongan operasi masjid. Aktiviti ini merangkumi penyediaan jadual tugas pegawai masjid, pencatatan arahan tugas, pengurusan keperluan logistik, pelaksanaan perolehan masjid, serta pengendalian aktiviti kewangan. Selain itu, ia juga melibatkan penyelarasan operasi masjid, pengurusan keperluan ahli kariah, dan pengemaskinian laporan operasi. Aktiviti ini penting untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi masjid secara keseluruhan. Tahap 1 CU4 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Az-Zalzalah. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. Tahap 1 CU5 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-‘Aadiyat hingga Surah Quraisy. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. Tahap 1 CU6 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-Maa'uun hingga Surah An-Naas. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. |
| 7 | PENGOPERASIAN MASJID | 147 | Tahap 1 CU1 merangkumi pengendalian urusan dokumentasi masjid yang melibatkan pelaksanaan perekodan, penyediaan, dan pengedaran dokumentasi masjid serta pemeriksaan penggunaan peralatan operasi masjid. Aktiviti ini memastikan pengurusan dokumentasi dilakukan secara sistematik dan efisien. Tahap 1 CU2 pula memberi fokus kepada pengendalian perkhidmatan kaunter masjid. Tugas utama termasuk melaksanakan perkhidmatan kaunter hadapan, menjalankan komunikasi awam, mengatur temu janji pelawat, dan memantau keselamatan di kaunter masjid. Ini bertujuan untuk memastikan urusan di kaunter berjalan lancar dan profesional. Tahap 1 CU3 melibatkan tugas sokongan operasi masjid. Aktiviti ini merangkumi penyediaan jadual tugas pegawai masjid, pencatatan arahan tugas, pengurusan keperluan logistik, pelaksanaan perolehan masjid, serta pengendalian aktiviti kewangan. Selain itu, ia juga melibatkan penyelarasan operasi masjid, pengurusan keperluan ahli kariah, dan pengemaskinian laporan operasi. Aktiviti ini penting untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi masjid secara keseluruhan. Tahap 1 CU4 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Az-Zalzalah. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. Tahap 1 CU5 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-‘Aadiyat hingga Surah Quraisy. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. Tahap 1 CU6 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-Maa'uun hingga Surah An-Naas. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. |
| 8 | PENGOPERASIAN MASJID | 5 | Tahap 1 CU6 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-Maa'uun hingga Surah An-Naas. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. |

